Bahagian 3: Undang-Undang & Peraturan Gangguan Seksual

Gangguan seksual bukan sahaja isu etika dan profesionalisme, tetapi juga isu undang-undang. Bahagian ini akan membimbing anda memahami peraturan dan undang-undang Malaysia yang melindungi pekerja daripada gangguan seksual, serta hak dan tanggungjawab anda sebagai pekerja atau gig partner.
Dalam bahagian ini, anda akan mempelajari:
- Bahagian XVA: Akta Kerja 1955 – Gangguan Seksual
- Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840]
- Seksyen 509, Kanun Keseksaan [Akta 574]
- Akta Komunikasi & Multimedia 1998 [Akta 588]
Dengan ini, anda akan dapat mengenal pasti risiko, melindungi diri sendiri, dan mengambil tindakan yang sah sekiranya berlaku gangguan seksual di tempat kerja atau semasa menjalankan tugas.
1. Bahagian XVA: Akta Kerja 1955 – Gangguan Seksual
Gangguan seksual bukan sahaja isu etika dan profesional, tetapi juga dilindungi oleh undang-undang Malaysia. Bahagian XVA dalam Akta Kerja 1955 (Akta 265) menggariskan hak pekerja, tanggungjawab majikan, dan tindakan yang boleh diambil jika berlaku gangguan.
2. Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840]
Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) adalah satu langkah penting untuk melindungi pekerja daripada gangguan seksual di tempat kerja. Akta ini menggariskan hak mangsa dan tanggungjawab majikan dalam menangani isu gangguan seksual secara adil dan berkesan. Ia merangkumi definisi gangguan seksual, pengurusan dan peraturan, perintah tribunal, dan proses aduan.
3. Seksyen 509, Kanun Keseksaan [Akta 574]
Seksyen 509 melindungi individu daripada perbuatan atau kata-kata yang menghina kehormatan. Ia merangkumi tingkah laku lisan, fizikal, isyarat, atau digital yang boleh menyinggung, memalukan, atau mengganggu kesantunan seseorang.
4. Akta Komunikasi & Multimedia 1998 [Akta 588]
Akta Komunikasi & Multimedia 1998 (Akta 588) menetapkan rangka peraturan bagi sektor komunikasi dan multimedia serta memberi kuasa pengawalseliaan dan penguatkuasaan. Akta ini turut merangkumi perlindungan terhadap gangguan seksual dalam talian dan membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas pesalah.
