Topik 4: Hak Kewangan & Bantuan Kecemasan
Hak Kewangan & Bantuan Kecemasan
Bila kewangan mula ketat, ramai yang panik. Ada yang cari along. Ada yang putus harapan. Tapi sebenarnya, anda ada pilihan. Ada tempat yang boleh bantu, secara sah, percuma dan mesra.
Dalam bahagian ini, anda akan kenal AKPK untuk rundingan hutang dan pelan bayaran, MdI kalau dah sampai tahap muflis, dan langkah jika akaun bank dibekukan. Anda tak bersendirian – bantuan wujud dan anda berhak mendapatkannya.
Apa Perlu Buat Semasa Kecemasan Kewangan?
- Hentikan semua perbelanjaan yang tidak penting (contoh: jajan, beli apps, makan luar).
- Tulis pendapatan sebenar vs perbelanjaan sebenar, lihat mana yang boleh dipotong.
- Hubungi AKPK atau Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) – jangan tunggu hingga semuanya runtuh, lagi awal minta bantuan, lagi mudah dibantu.
- Jika akaun bank bermasalah, guna akaun ahli keluarga yang dipercayai (dengan kebenaran pemilik akaun).
- Simpan semua dokumen penting dalam satu folder – resit, bukti gaji, surat bank, surat hutang, untuk bantu jika perlu mohon bantuan rasmi.
AKPK – Rakan Strategi Kewangan Anda
- Runding semula hutang dengan bank tanpa tekanan.
- Sediakan Pelan Bayaran Semula (Debt Management Programme) ikut kemampuan anda.
- Nasihat kewangan percuma, bukan scam.
- Diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia: www.akpk.org.my
MdI – Jalan Keluar Jika Diisytihar Muflis
Kalau dah sampai tahap muflis: tak boleh keluar negara, akaun bank dibekukan, tak boleh beli aset atas nama sendiri. Anda masih ada peluang melalui MdI (Jabatan Insolvensi Malaysia) untuk buka akaun bank baru atau aktifkan akaun sedia ada, dengan syarat hanya untuk tujuan sah seperti terima gaji atau bayar hutang bulanan ke MdI, dan perlu mohon kebenaran rasmi daripada Pengarah Insolvensi (KPI) di cawangan MdI yang menguruskan kes anda.
Akaun Bank Alternatif (Pekerja EVO)
Jika majikan anda membenarkan, gaji boleh diarahkan masuk ke akaun orang lain yang dipercayai secara sementara jika akaun anda dibekukan, dengan syarat-syarat berikut:
- Pilih orang yang dipercayai sepenuhnya (pasangan, ibu bapa, adik-beradik).
- Tanda tangan Borang Kebenaran Akaun Bank (boleh didapati melalui HR).
- Serah penyata bank terkini orang tersebut untuk semakan.
- Pastikan akaun tersebut aktif dan atas nama sebenar.
Ini hanya langkah sementara dan mesti dibuat dengan kebenaran bertulis. Sila jawab soalan-soalan Ujian Akhir. Semoga berjaya!
