Topik 2: Pemeriksaan Kenderaan Sebelum Memandu
Langkah-Langkah Pemeriksaan Kenderaan Sebelum Memandu
Sebelum memulakan perjalanan, lakukan pemeriksaan menyeluruh pada kenderaan untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.
Langkah Pemeriksaan Motor
- Cecair Motor – periksa minyak enjin dan cecair brek untuk memastikan tahapnya mencukupi.
- Barang Kelengkapan Motor – pastikan alatan seperti screw driver, spanar, spanar plag dan plier ada.
- Lampu Hadapan, Brek dan Isyarat Motor – pastikan lampu depan, lampu brek dan lampu isyarat kiri/kanan berfungsi dengan baik.
- Rantai & Sproket Motor – periksa ketegangan rantai dan pastikan ia dilincirkan dengan baik.
- Tayar Hadapan dan Belakang Motor – pastikan tayar cukup tekanan angin dan bunga tayar dalam keadaan baik.
- Topi Keledar – pastikan topi keledar dalam keadaan baik dan dipakai dengan kemas.
Rutin Sebelum Menunggang Motosikal
- Sistem Penghidup Motor – pastikan enjin boleh dihidupkan dengan lancar tanpa masalah.
- Brek Depan dan Belakang Motor – uji brek depan dan belakang untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan tidak berdecit.
- Lampu Hadapan, Brek dan Isyarat Motor – pastikan lampu depan, lampu brek dan lampu isyarat kiri/kanan berfungsi dengan sempurna.
- Pedal & Handlebar – pastikan pedal (jika ada) dan handlebar berfungsi dengan baik dan tidak tersekat.
- Topi Keledar – pastikan topi keledar dalam keadaan baik dan dipakai dengan kemas.
- Bag Penghantaran (jika ada) – pastikan bag penghantaran dipakai dengan selamat dan seimbang, serta mudah untuk diakses.
Tips
- Lakukan pemeriksaan setiap hari agar kenderaan sentiasa dalam keadaan baik, agar sebarang masalah dapat dikenal pasti awal.
- Sebelum menghantar parcel, pastikan semua sistem motosikal berfungsi dengan baik dan tiada kerosakan. Sekiranya terdapat sebarang masalah, periksa segera dan hantar ke bengkel yang berdekatan.
