Topik 2: Pemeriksaan Kenderaan Sebelum Memandu

Langkah-Langkah Pemeriksaan Kenderaan Sebelum Memandu

Sebelum memulakan perjalanan, lakukan pemeriksaan menyeluruh pada kenderaan untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.

Langkah Pemeriksaan Motor

  1. Cecair Motor – periksa minyak enjin dan cecair brek untuk memastikan tahapnya mencukupi.
  2. Barang Kelengkapan Motor – pastikan alatan seperti screw driver, spanar, spanar plag dan plier ada.
  3. Lampu Hadapan, Brek dan Isyarat Motor – pastikan lampu depan, lampu brek dan lampu isyarat kiri/kanan berfungsi dengan baik.
  4. Rantai & Sproket Motor – periksa ketegangan rantai dan pastikan ia dilincirkan dengan baik.
  5. Tayar Hadapan dan Belakang Motor – pastikan tayar cukup tekanan angin dan bunga tayar dalam keadaan baik.
  6. Topi Keledar – pastikan topi keledar dalam keadaan baik dan dipakai dengan kemas.

Rutin Sebelum Menunggang Motosikal

  1. Sistem Penghidup Motor – pastikan enjin boleh dihidupkan dengan lancar tanpa masalah.
  2. Brek Depan dan Belakang Motor – uji brek depan dan belakang untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan tidak berdecit.
  3. Lampu Hadapan, Brek dan Isyarat Motor – pastikan lampu depan, lampu brek dan lampu isyarat kiri/kanan berfungsi dengan sempurna.
  4. Pedal & Handlebar – pastikan pedal (jika ada) dan handlebar berfungsi dengan baik dan tidak tersekat.
  5. Topi Keledar – pastikan topi keledar dalam keadaan baik dan dipakai dengan kemas.
  6. Bag Penghantaran (jika ada) – pastikan bag penghantaran dipakai dengan selamat dan seimbang, serta mudah untuk diakses.

Tips

  • Lakukan pemeriksaan setiap hari agar kenderaan sentiasa dalam keadaan baik, agar sebarang masalah dapat dikenal pasti awal.
  • Sebelum menghantar parcel, pastikan semua sistem motosikal berfungsi dengan baik dan tiada kerosakan. Sekiranya terdapat sebarang masalah, periksa segera dan hantar ke bengkel yang berdekatan.