Bahagian 2: Jadilah Warga Digital Bertanggungjawab

Sebagai pekerja di Evolution Commerce, kita bukan sahaja mewakili syarikat semasa bekerja, tetapi juga di luar waktu kerja terutamanya apabila kita berada di platform media sosial. Apa yang kita kongsikan atau tulis dalam talian boleh memberi kesan kepada reputasi syarikat, kepercayaan pelanggan, dan keselamatan operasi. Oleh itu, penting untuk sentiasa bertindak dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang warganet.

✅ Perkara Yang Boleh Dibuat

  • Guna bahasa dan nada yang sopan dalam talian.
  • Kongsi kisah positif atau penghargaan (dengan kebenaran).
  • Ikut garis panduan media sosial syarikat.
  • Laporkan akaun palsu atau peniruan yang guna nama Evolution Commerce.

❌ Perkara Yang Tidak Patut Dibuat

  • Kongsi maklumat dalaman syarikat.
  • Mengadu tentang pelanggan atau rakan sekerja di media sosial.
  • Menyiarkan gambar alamat penghantaran, bungkusan, atau kad pengenalan pelanggan.
  • Kongsi maklumat palsu, fitnah, atau khabar angin.

Mindset Sebagai Warga Digital

Sebagai warga digital yang bijak dan bertanggungjawab, kita harus sentiasa sedar bahawa setiap tindakan kita di media sosial mencerminkan siapa kita, dan siapa yang kita wakili. Jadilah contoh yang baik, sopan, jujur, dan berhati-hati dalam setiap perkongsian.

Apa yang perlu difikir sebelum membuat hantaran di media sosial? Sama ada ia sopan, bermanfaat dan tidak melanggar undang-undang.