Bahagian 1: Laporkan

Kenapa Laporan Itu Penting?
Bagi pekerja kurier dan GIG, membuat laporan bukan sekadar “mengadu” – ia adalah langkah penting untuk melindungi diri, pelanggan, dan rakan sekerja. Dalam kerja harian yang penuh risiko di jalan raya dan tekanan masa, apa-apa kejadian seperti kemalangan, gangguan, kelewatan, atau masalah teknikal perlu direkod dan dilaporkan.
Dengan melaporkan, kita bukan sahaja mengelakkan masalah berulang, tapi juga memastikan kita ada bukti jika berlaku salah tuduhan.
- Menjaga keselamatan diri dan semua pekerja di lapangan
- Ada bukti kukuh jika berlaku tuduhan palsu atau pertikaian
- Elak risiko berulang dengan memperbaiki keadaan yang tak selamat
- Bantu syarikat bertindak cepat terhadap masalah yang mengganggu kerja
- Tingkatkan keadilan untuk semua pekerja di lapangan
Apa Yang Perlu Dilaporkan?
1. Insiden Keselamatan
- Kemalangan, hampir kemalangan, atau bahaya jalan.
- Ancaman fizikal atau gangguan daripada pelanggan atau orang awam.
- Lokasi penghantaran berbahaya (contoh: bangunan terbengkalai).
2. Isu Penghantaran
- Alamat salah atau penerima tiada di lokasi.
- Bungkusan rosak, hilang, atau telah diusik.
- Pelanggan enggan menerima, bertengkar mengenai bayaran, atau dakwa tidak menerima barang walaupun bukti sudah ada.
- Cubaan penipuan (scam).
3. Pelanggaran Polisi
- Rider di bawah pengaruh dadah/alkohol.
- Rakan sekerja/penyelia salah guna sumber syarikat.
- Laporan palsu, penipuan, atau manipulasi masa penghantaran.
Cara Merekod & Melapor
Platform yang digunakan:
- Fungsi Laporan Dalam Aplikasi – untuk isu semasa penghantaran.
- Borang Laporan Insiden – untuk kes yang lebih serius atau rasmi.
- Talian HR/Sokongan atau Saluran WhatsApp – untuk perkara sulit.
Maklumat Yang Perlu Disertakan
- Tarikh, masa, dan lokasi kejadian.
- Apa yang berlaku (fakta sahaja, tanpa tokok tambah).
- Nama atau ID individu terlibat (jika ada).
- Gambar atau tangkapan skrin (jika selamat dan dibenarkan).
Apa Yang Boleh dan Tidak Boleh?
✅Perkara yang boleh:
- Laporkan insiden dengan segera.
- Rekod kejadian dengan fakta yang tepat.
- Gunakan saluran laporan yang betul.
- Melaporkan perkara yang terjadi pada diri sendiri.
⛔Perkara yang tidak boleh:
- Abaikan insiden atau tangguh laporan.
- Menokok tambah cerita atau menyebar khabar angin.
- Mengugut atau menghukum rakan sekerja yang melapor.
- Melaporkan bagi pihak orang lain.
