Bahagian 2: Lindungi Hak Anda

Kerahsiaan dan Perlindungan
Laporan anda akan dikendalikan secara sulit dan hormat.
- Anda boleh melapor tanpa takut dihukum (dilindungi oleh Akta Pemberi Maklumat), asalkan laporan itu dibuat dengan benar dan tidak palsu.
- Identiti anda boleh dirahsiakan jika diminta.
Undang-undang Kepada Pemberi Maklumat
- Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 – melindungi pelapor yang bertindak dengan niat baik dan tidak memalsukan laporan.
- Akta Kerja 1955 – menjamin layanan adil di tempat kerja.
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Whistleblower Protection Act 2010)
Memberi perlindungan undang-undang kepada pemberi maklumat (whistleblower) supaya mereka tidak dikenakan tindakan balas atau diskriminasi selepas membuat pendedahan terhadap salah laku.
Perlindungan Yang Diberi
- Identiti dirahsiakan – nama pemberi maklumat tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran bertulis.
- Perlindungan daripada tindakan balas, seperti dipecat atau didiskriminasi.
- Tiada tindakan sivil atau jenayah, jika pendedahan dibuat secara jujur dan mengikut saluran yang betul.
Pengecualian Perlindungan
Perlindungan boleh dibatalkan jika:
- Pemberi maklumat membuat laporan palsu.
- Laporan dibuat dengan niat jahat atau untuk kepentingan sendiri.
- Laporan tidak dibuat mengikut saluran yang sah (seperti kepada agensi yang tidak dibenarkan).
Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955)
Akta Kerja 1955 ialah undang-undang utama di Malaysia yang mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja di sektor swasta.
Tujuan Akta Ini
Untuk melindungi hak-hak pekerja dan menetapkan tanggungjawab asas majikan dalam aspek pekerjaan, gaji, cuti, waktu kerja, dan sebagainya.
Siapa Yang Dilindungi?
- Pekerja di Semenanjung Malaysia dan Labuan.
- Gaji bulanan tidak melebihi RM4,000, ATAU
- Bekerja sebagai buruh kasar, pemandu, pembantu rumah, atau kerja manual – tanpa had gaji.
Perkara Penting Dalam Akta Ini
- Waktu Bekerja & Rehat – maksimum 45 jam seminggu; rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas 5 jam bekerja.
- Bayaran Gaji
- Cuti
- Perlindungan Pekerja Wanita
- Penamatan Kerja
Tindakan Selepas Laporan Dibuat
Anda berhak untuk mengetahui perkembangan laporan anda.
- Menunggu maklum balas daripada pihak berkaitan.
- Mengikuti perkembangan laporan yang dibuat.
- Bersedia untuk memberi keterangan lanjut jika diperlukan.
