Bahagian 2: Lindungi Hak Anda

Kerahsiaan dan Perlindungan

Laporan anda akan dikendalikan secara sulit dan hormat.

  • Anda boleh melapor tanpa takut dihukum (dilindungi oleh Akta Pemberi Maklumat), asalkan laporan itu dibuat dengan benar dan tidak palsu.
  • Identiti anda boleh dirahsiakan jika diminta.

Undang-undang Kepada Pemberi Maklumat

  • Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 – melindungi pelapor yang bertindak dengan niat baik dan tidak memalsukan laporan.
  • Akta Kerja 1955 – menjamin layanan adil di tempat kerja.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Whistleblower Protection Act 2010)

Memberi perlindungan undang-undang kepada pemberi maklumat (whistleblower) supaya mereka tidak dikenakan tindakan balas atau diskriminasi selepas membuat pendedahan terhadap salah laku.

Perlindungan Yang Diberi

  • Identiti dirahsiakan – nama pemberi maklumat tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran bertulis.
  • Perlindungan daripada tindakan balas, seperti dipecat atau didiskriminasi.
  • Tiada tindakan sivil atau jenayah, jika pendedahan dibuat secara jujur dan mengikut saluran yang betul.

Pengecualian Perlindungan

Perlindungan boleh dibatalkan jika:

  • Pemberi maklumat membuat laporan palsu.
  • Laporan dibuat dengan niat jahat atau untuk kepentingan sendiri.
  • Laporan tidak dibuat mengikut saluran yang sah (seperti kepada agensi yang tidak dibenarkan).

Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955)

Akta Kerja 1955 ialah undang-undang utama di Malaysia yang mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja di sektor swasta.

Tujuan Akta Ini

Untuk melindungi hak-hak pekerja dan menetapkan tanggungjawab asas majikan dalam aspek pekerjaan, gaji, cuti, waktu kerja, dan sebagainya.

Siapa Yang Dilindungi?

  • Pekerja di Semenanjung Malaysia dan Labuan.
  • Gaji bulanan tidak melebihi RM4,000, ATAU
  • Bekerja sebagai buruh kasar, pemandu, pembantu rumah, atau kerja manual – tanpa had gaji.

Perkara Penting Dalam Akta Ini

  • Waktu Bekerja & Rehat – maksimum 45 jam seminggu; rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas 5 jam bekerja.
  • Bayaran Gaji
  • Cuti
  • Perlindungan Pekerja Wanita
  • Penamatan Kerja

Tindakan Selepas Laporan Dibuat

Anda berhak untuk mengetahui perkembangan laporan anda.

  • Menunggu maklum balas daripada pihak berkaitan.
  • Mengikuti perkembangan laporan yang dibuat.
  • Bersedia untuk memberi keterangan lanjut jika diperlukan.