Pengenalan

Modul ini diwujudkan untuk membantu anda faham bahawa melapor bukan sekadar mengadu tetapi satu bentuk perlindungan, untuk diri sendiri, rakan sekerja dan syarikat. Sebagai penghantar atau pekerja di lapangan, anda berada di barisan hadapan dan paling berisiko berdepan pelbagai insiden dari kemalangan, gangguan, hinggalah isu penghantaran.

Melapor awal dan jujur boleh mencegah masalah yang lebih besar. Modul ini ialah ‘perisai’ anda — bila anda tahu hak dan tanggungjawab anda, anda akan lebih yakin, lebih selamat, dan lebih profesional dalam kerja seharian.

Kandungan Modul

  • Bahagian 1: Laporkan
  • Bahagian 2: Lindungi
  • Bahagian 3: Video Menggambarkan Situasi Sebenar
  • Bahagian 4: Kesimpulan dan Intipati Penting
  • Ujian Akhir

Anda Dikehendaki

  • Menonton video dan mempelajari semua bahan yang disediakan.
  • Menjawab kuiz berasaskan senarai semak mudah.
  • Melihat video Simulasi Situasi Pemandu.
  • Menjawab Ujian Akhir bagi modul ini hingga lulus.

Setelah selesai mempelajari modul ini, anda akan memperolehi sijil.