Topik 3: Kenal Pasti Scam
Kenal Pasti Scam
“Jangan jadi mangsa. Jangan jadi alat.”
Menurut CyberSecurity Malaysia & PDRM 2024, jumlah kerugian rakyat akibat penipuan kewangan melebihi RM1.3 bilion setahun. Ramai pekerja gig tertipu sebab mesej palsu seperti “Bantuan kerajaan RM300” atau “Pinjaman segera tanpa slip gaji”. Lebih parah, ada yang dipenjara sebab akaun mereka dijadikan alat sindiket.
Apa Itu Keldai Akaun Bank?
Sindiket guna akaun bank anda untuk aktiviti haram seperti penipuan online, perjudian, atau scam pelaburan. Anda akan dijanjikan “upah”, tetapi jika tertangkap:
- Akaun anda akan dibekukan.
- Anda boleh disiasat di bawah AMLA 2001 (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001).
- Sukar untuk membuka akaun baru atau mohon pinjaman bank.
Apa Perlu Dielakkan Kongsi
Nombor akaun, kad ATM, dan OTP. Gunakan Semak Mule (PDRM) untuk semak akaun yang disyaki scam.
Situasi Contoh
- Anda terima mesej “Bantuan RM500”: “Tahniah! Anda layak bantuan tunai RM500. Klik link ini sekarang.” Tindakan yang betul: jangan klik link, semak nombor pengirim di Semak Mule.
- Kawan minta pinjam akaun bank anda untuk terima transfer duit orang lain dengan upah RM100. Tindakan yang betul: tolak dengan baik & jaga akaun sendiri – ini tanda aktiviti ‘keldai akaun bank’ yang menyalahi undang-undang.
